Saturday, 26 January 2013

Guru oh Guru 2.0

Jasa-jasamu pernah cuba kuhimpun,
ke atas kudongak lantas terduduk,
runduk,
pada manusia bukan biasa-biasa
yang kupanggil..
guru.

Guru,
Aku mahu jadi sepertimu!
yang detak nadinya mengiang-ngiangkan
detakan nadi impianku sendiri.

Aku mahu jadi sepertimu!
hiranya,
yang bersinar-sinar dalam cahaya,
menyuluh aku ke hadapan,
meninggalkan gelita kejahilan masa lalu.

Aku mahu jadi sepertimu!
yang akan selalu di situ
menitipkan pesan
agar warga langit tidak aku lupakan,
agar warga bumi tidak aku persiakan..

Dengan itu..
guru,
dalam doa namamu kujulang,
dengan tangan penuh debu,
kau kuangkat sama tinggi
dengan ayahanda..
juga bonda.









No comments:

Post a Comment