Thursday, 10 January 2013

Guru Oh Guru- Usman Awang

Berburu  ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi,



= Tanpa guru, ilmu yang kita ingin pelajari tidak mampu diperolehi dengan sepenuh pengajaran.

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum j
adi dewasa.


= Guru..adalah pemberi ilmu yang akan selalu ada untuk 

menyuluh kehidupan kita dan mematangkan kita dengan ilmu 
yang mereka miliki.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.




= Guru berperan dalam hidup kita dengan pelbagai watak 

yang signifikan . Kata-kata dan nasihat seorang guru 

mempunyai hikmah yang sehingga bila-bila juga dapat

digunakan.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri

berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


= Siapa juga seseorang itu hari ini, dari seorang penulis 

hingga seorang raja , pencetus kejayaannya adalah daripada 

seorang guru. Ini bererti , apa sahaja pangkat yang diperoleh 

seseorang itu , kedudukan seorang guru adalah lebih tinggi

dan wajar sekali dipandang tinggi.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara
.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

 guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


= Di mana-mana pun seseorang guru itu mengajar , ilmunya 

tetap tinggi dan semakin berliku jalan yang dilalui untuk 

mendidik anak bangsa , tugasnya makin bererti. 

Jasa dan budi seseorang guru akan sentiasa dikenang oleh 

anak-anak muridnya sehingga ke akhir hayat mereka.








No comments:

Post a Comment